Wednesday, February 16, 2011

Future of the Geological Sciences.

Selamat tahun baru! Semangat baru! Harapan baru! (Happy New year! New spirit! New Hope!)

Tahun 2011 diharap menjadi tahun yang penuh semangat dan harapan bagi seluruh YES global, Malaysia dan semua ahli geosains. Setiap tahun baru kita kerap menyediakan senarai resolusi yang akan diselesaikan sepanjang tahun mendatang. Pelbagai aspek kehidupan yang kita resolusikan dari pekerjaan, pelajaran, keluarga, hubungan sehingga ke kerohanian. Semua yang penting dalam menceriakan, membahagiakan dan mencemerlangkan masa depan kita.Kita mencorakan masa depan yang kita mahu. Begitu juga dengan YES Network secara global ingin bermula dengan melakarkan harapan dan resolusi masa depannya.

Ingin menyumbang kepada resolusi tersebut? Mempunyai inpirasi bagaimana masa depan ahli geosains sedunia? Ingin berkongsi impian masa depan geosains?  International Union of Geological Sciences dan YES Network menyediakan ruang ini melalui pertandingan penulisan eassy bertajuk Future of Geological Sciences. maklumat lanjut sila semak di http://www.networkyes.org/index.php/news/#Geosci_Resources
atau (http://www.iugs.org/). Tarikh akhir 7th Mac 2011.

Selamat berusaha semua!