Apa itu YES-Network
Selaras dengan pengistiharan triennium International Year of planet Earth (IYPE) oleh Perhimpunan Agung UN pada tahun 2007, golongan muda seluruh dunia mengambil langkah untuk menyokong gagasan IYPE dan melaksanakannya melalui pelbagai tema dengan bersatu melalui pewujudan jaringan yang dikenali sebagai Young Earth Scientist (YES) Network. Jaringan ini menyediakan ruang untuk ahli geosains muda profesional sama ada sebagai pengamal atau ahli akademik daripada pelbagai bidang Sains Bumi yang berusia 35 tahun dan kebawah untuk menyalurkan keprihatinan dan penyelesaian terhadap pelbagai cabaran saintifik yang dihadapi oleh dunia pada hari ini dan menyediakan ruang untuk berkongsi pengalaman. Ia bermula dengan ahli YES Network seluruh dunia berkumpul di Beijing, China dalam First World YES Congress di University of Geoscience China ( 25-28 Oktober 2009) untuk membincang dan membentangkan pelbagai kertas saintifik berdasarkan 10 tema IYPE. Setelah UN melihat kejayaan IYPE, Perhimpunan Agung UN di Lisbon Portugal 2009 telah bersetuju untuk menginstitusikan IYPE dan dengan sedemikian YES Network diterima secara sah sebagai salah satu daripada pelaksana program IYPE seluruh dunia.
Following the proclaiming of triennium International Year of Planet Earth (IYPE) by UN General Assembly in 2007. Youth all over the world took an initiative to support idea of IYPE and implementing its various themes by joining their hands and form a network called Young Earth Scientist (YES) network. The network provides a brilliantly platform for young professionals both practitioners and academicians) from different fields of earth sciences aged below 35 years old, to present their concern and solutions regarding to different scientific challenges facing our planet earth today, as well as sharing experiences together. At first, YES network members world wide gathered in Beijing China in the first world YES congress held at China University of Geosciences (October 25-28, 2009), to discuss and present various scientific papers based on ten themes of IYPE. After UN sees the successful of IYPE, the General Assembly meet in Lisbon, Portugal 2009 and decide to institutionalize IYPE, and therefore YES network recognized legally as one of the implementers of the IYPE programs worldwide.
Adalah aspirasi jaringan ini untuk menyediakan pelbagai ruangan pada masa akan datang meliputi aktiviti menjangkau masyarakat, menyebarkan maklumat aktiviti geosains kebangsaan dan global serta menjadi medium penjana perkembangan generasi baru ahli geosains kebangsaan dan serantau. Terus bersama kami.
Salam
Tanot Unjah
Perwakilan YES Network Chapter Malaysia
YES Network Malaysia Chapter Representative